Kreativiti Untuk Berjaya

Friday, February 26, 2010



What? Apa itu program KUB …

Program KUB ialah program pembangunan Kreativiti Diri. Melalui program KUB, kita akan dibawa mengenali apa itu kreativiti, kenapa kita perlu kepada kreativiti dan bagaimana meningkatkan daya kreativiti dalam diri kita. Kita juga akan diperkenalkan kepada konsep ‘stick person’ dan ‘mind mapping’ yang mana akan menjadi kaedah komunikasi utama dalam program ini nanti.


Why? Kenapa perlu kepada KUB …

Dalam dunia kita sekarang yang serba kompetitif, amat perlu kita menggunakan kreativiti yang sebenarnya sudah sedia wujud dalam diri kita. Sudah sampai masanya kita semua menggunakan kreativiti kita dalam urusan meningkatkan pembangunan diri, kebahagian diri dan keupayaan membina kekayaan.

Tidak ramai menyedari bahawa diri mereka kreatif. Mereka beranggap orang yang kreatif hanyalah mereka yang terlibat di dalam bidang kreatif seperti muzik, drama, sastera dan lukisan. Walhal sebenarnya semua bidang yang kita tahu menuntut kreativiti! Walaupun ramai sedar kreativiti itu penting namun ramai juga tidak tahu bagaimana mahu membina kreativiti mereka.

KUB bertindak sebagai pintu masuk dan pembimbing bagi kita mengenali apa itu Kreativiti.


Kandungan KUB

1.0 Pengenalan

2.0 Apa itu Kreativiti

3.0 Kenapa Perlu Kreativiti

4.0 Bagaimana Menjadi Kreatif – Selayang Pandang

5.0 Kenal Diri Kita

6.0 Apa itu Peta Minda (Mind Map)

7.0 Ujian Potensi Kreativiti

8.0 Langkah Menjadi Kreatif
8.1 Pengetahuan
8.2 Berfikir
8.3 Mengeram Idea
8.4 Yes! (Mendapat Idea)
8.5 Pembangunan Idea (Inovasi)

9.0 Teknik Asas Kreativiti
9.1 ‘Percambahan Fikiran’ (Brainstorming)
9.2 ‘Paksa Hubungan Baru Antara Idea’
9.3 ‘Langgar Peraturan’

10.0 Paradigma dan Kreativiti

11.0 Membina Budaya Kreativiti

12.0 Saya Kreatif?


Apa yang boleh dicapai melalui KUB?

Selepas menghadiri KUB dan melaksana susulannya, para peserta akan mampu melaksanakan perkara berikut:

1) Anggota kerja mahir menggunakan ’Mind Mapping’

2) Anggota kerja memahami makna asas kreativiti.

3) Anggota kerja belajar agar melihat sesuatu perkara itu berdasarkan kepada sudut pandang yang berbeza dari sudut pandang yang biasa digunakan. Hajat ini akan lebih mudah dilaksanakan setelah anggota kerja tersebut menghadiri ADB.

4) Anggota kerja memahami menggunakan kreativiti di tempat kerja.

5) Anggota kerja boleh menggunakan ilmu dalam KUB ini untuk menjadi kreatif dalam melaksana segala matlamat dan hajat yang ada dalam modul-modul lain dalam PPB3K ini.


Kayu Ukur KUB

Kayu Ukur berikut boleh digunakan untuk mengukur kemajuan para peserta:

1) Kewujudan bukti susulan seperti email atau minit mesyuarat.

2) Pencapaian/Peningkatan KPI atau pencapaian Matlamat.

3) Lapuran dari ’Immediate Manager’ mengenai penggunaan ’Mind Mapping’ dalam kerja seharian.

4) Penghasilan idea kreatif oleh sesebuah unit.


Hubungi Saudara Mior Azli Mior Md Isa (019-2245-079 @ sssabasic@yahoo.com) untuk keterangan lanjut.